CHANGING
Assalamualaikum,
wow, so kelihatan sudah masuk tahun baru di kalendar hijrah ya? Masha Allah, cepat benar masa berlalu.
pertama sekali hamba nak minta ampun daripada antum semua ((jangan lupa mintak ampun dari Allah juga)). kita ni hidup sekali jah, pastikan berbaloi! pastikan syurga dalam genggaman.
okk, syurga. < susah nak kecapi ni. tapi bulih ja bagi yang berusaha. berusaha kena kuat tau.jaga hubungan dengan Allah, manusia dan alam sekitar juga. Haiwan jangan lah kita dera, tak bagi makan dll. kita kena sayang mereka macam manusia juga.
so hari ni, H nak fokus pada CHANGING [refer:berubah].
ala, kalian mesti ada alami kan? H pun sama.
terutamanya.
boleh lihat ketara sangat perubahannya. bukannya mahu merosakkan nama, tetapi membaiki jiwa.
H dulu bukanlah yg sekarang, tipulah korang kalau boleh sama seperti dulu kan? bagi H, rasa tak sangka boleh buat perkara se-tidakmatang dulu. malu pun ada dengan dulu. masa form1 pun selekeh lagi, awal form 2 pun sama. aduhhh. sekarang ok sikit mungkin?
((tambahan tadi terobek dengan F yang satu kepala buat perkara-perkara harem dulu ni ha. memang aduuh kami mengaku ke-tidakmatang-an kami. minta maaf le musuh-musuh darjahanam ya, otak sedang berkembang))
tapi, nak berubah ni memang susah. depa mula la nak kata apa,
eleh, senah tu bukan baik pong, gedik seh dengan laki-laki^sakit sangat. kurung dalam bilik makan pil chee ketek aun jap
ala, dia tu ha ketua selfie, menyampah aku.bukannya cantik p0n
bajet alim k0tt. padahal ngumpat orang kalah burung merpati atas pokok kurma tu
tapi yalah, H pon kadang-2 rasa juga fikiran jahat seperti itu. dulu leka dinoda saytan.((minta jauh la)) tapi, kita kena ingat, berubah sebab Allah, bukannya manusia. kalau nak ikut kata manusia, jenuh lah sampai bila pun kita tak berubah ke arah kebenaran.
manusia ni susah, ada nafsu. ada khannas. memang, H pernah rasa nak berbalik dengan zaman jahiliyyah, kawan dengan ajnabi, gurau senda, chat tak kira masa. tapi, USAHA.
usaha nak melawan nafsu. memang susah. sebab itulah melawan nafsu merupakan jihad TERBESAR. tambahan pula cemuhan manusia ni kan? aduh.pening lalat.
kalau kalian ada nampak orang macam nak-nak berubah je, naikkan semangat dia tau! janganlah runtuhkan pula~
anda yang nak berubah? keliling diri dengan orang yang baik. kawan yang baik akan sentiasa sokong awak ok. jangan dengar cakap orang ((kata-kata negatif)) tak perlu peduli lah kat masyarakat-masyarakat hambar tu.
Akhir sekali, sentiasalah BERFIKIRAN POSITIF. melalui pengalaman H, memang kalau sebelum nak cakap buruk apa pun, kena ingat husnuzan.husnuzan.husnuzan. buat perangai cara awak nak orang lain layan awak gitu. < jadikan mindset, awak boleh. POSITIF dan lekatkan di minda. sentiasa buat baik. Allah nampak.
-HR

Comments
Post a Comment