Pesan Imam Syafie

assalamualaikum,



H sedang dalam proses khatam sebuah kitab sejarah Islam oleh Abdul Latib Talib yang bertajuk 'Imam Imam Yang Benar'. antaranya  imam Abu Hanifah (Mazhab Hanafi), imam Malik (Mazhab Maliki), Imam Syafie (Mazhab Syafie) dan  imam Ahmad bin Hanbal (Mazhab Hanbali).

daripada membacanya, boleh menimbulkan keinsafan dalam hati . oleh itu, H nak kongsi sedikit pesan imam Syafie, kerana mazhabnya yang biasa diamalkan di negara Malaysia ini,

pesan imam Syafie,

1. tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan di akhirat.

2. perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. perbanyakkan menyebut akhirat daripada dunia.

3. pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun

4. sabar menghadapi musibah adalah sebesar besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. oleh itu, bersyukurlan kerana syukur yang demikian setinggi tinggi erti syukur.

5. apabila salah seorang  kaum kerabat atau jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan malaikat dan dicintai Allah.

6. marah adalah salah satu antara panah panah syaitan yang mengandungi racun. oleh itu, hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

7. kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan baginda akan bersama sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak anak yatim.

8. berbuat baik dan berbakti kepada ibu bapa tanpa mengenal letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitus epanjang hayat mereka. ia dapat menambahkan keberkatan pada umur, rezeki dan keampunan dosamu.

9. banyakkan amal soleh : pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung daripada serangan iblis.

10. takwa; pakaian kebesaran dan hiasan akhlak muslim sebenar. ia iabarat pokok zaitun, minyaknua membawa berkat, ia juga memberi kemenangan dan kejayaan.

11. iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. oleh itu, bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara iaitu yakin,ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupun berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.

12. ingat dan zikir kepada Allah sebanyak banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.

13. khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.

14. kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lain yang penuh dengan soal siasat. oleh itu, siapkan lah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-Haq yang tidak berbelah bahagi.

15. kita perlu meminta perlindungan daripada Allah, sekurangnya ucapkan ' a'auzubillahiminasyaitanirrajim'. sabar sekiranya serangan syaitan dtang bertalu talu denganhebat dan menyedari Allah ta'ala hendak uji kita. ketahuilah perang syaitan lebih hebat daripada perang sabil.

16. sebesar-besar keaiban(keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.

17. hati adalah raja dalam diri. oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimi tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan pasukan kebatilan.

18.  istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan berlati ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.

19. sebesar besar kesenangan di dunia dan di akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggi kan darjatnya di sisi manusia.

20. tafakur sebelum tidur bagi menghisab diri semasa aktiviti pada siang hari sebagaiman Umar al-Khattan menyiasati diri ya dengan pelnagai soalan berkenaan dosa dosanya pada siang hari.

21. siapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat dia perlu amalkan; kurangkan tidur,makan dan bercakap dan berpada pada dengan rezeki yang ada.

-HR

Comments

Popular posts from this blog

i thought of....

i know

Post SPM 3 - Scholarships And Loans