Peperiksaan



Assalamualaikum,

tengok tajuk atas tu haaa, EXAMS!!!

tapi, di sini H bukannya mahu bertelatah pasal exam sekolah tu  ((exam school H dah habis)) tapi nak berbahas(?) mengenai exam dunia.

ada 2 bahagian;

1. ujian kesenangan


kesenangan, wifi, oksigen, ibubapa, mata awak yang membaca nh  semuanya adalah ujian Allah dalam bentuk kesenangan. cth? ujian mata; kalian guna mata tu melayari internet tengok apa?
ibu bapa kalian hormat tak? kalian rasa boleh hidup ke macam sekarang tanpa ibu bapa anda? kalian guna telinga tu dengar apa? dengar tak cakap mak ayah? ke  sumbat telinga dengar lagu justin belimbing?

alahai--dunia. kita sendiri tak sedar kan kadang-2 semua ni ujian.

-
minggu ni ada baca al-Quran dop? semuka pun tak? apalah jenab, hari tu kemain 20 muka surat semput peluh semua keluar sekarang tak baca kenapa?
--exam lah timah, sibuk. nanti laa 
-

boleh kata exam sekolah ni pun satu exam dunia lah~ kita gigih hendak kejayaan, tapi kita lupa siapa pemiliknya. Allah.

استغفرالله 
O Allah, forgive me.

2. ujian kesusahan

sobsob.

sebelum tu, nak minta antum semua, doakan makcik H yang sekarang hadapi cancer IV dan ada masalah sekarang ni. kini dirawat di terengganu. makcik H ni, baik sangat. single demi nak membantu tok menyara adik-adik(antaranya mak H). sekarang ni agak sunyi kerana semua lelaki sahaja di rumah, mak+adik gegurl  di terengganu. (( tu yang ghajin ngupdate )) < doakan ya? 

^  antara ujian kesusahan kepada H sekeluarga, kalian pun mesti ada kan? kehilangan ahli keluarga kesayangan, hilang kawan, bankrupt dsb.

apatah lagi, bila orang rapat dengan kita. ada segelintir kawan H yang sudah kehilangan adik-beradik, ayah, ibu. H tak alami lagi ((alhamdulillah)) tapi faham. kalau dengan nenek H pun sedih, apatah lagi mak//ayah//adikberadik//kawan kan? 

ingat lagi masa kawan baik bercerita mengenai adik-beradik mereka. sayu sangat. boleh nampak dari riak wajah mereka, betapa sayangnya mereka kepada adik-beradik. sementara H pula kat sini gaduhh ja kerja (( guraugurau manja sajala )). 

nampak sangat kita sedar betapa cintanya kita kepada mereka selepas mereka pergi kan?

macam tulah juga, Allah menguji kita dengan kesusahan. kita ingat Allah masa susah je ke? masa senang? SHOPPING la apaa lagii kan?! 

Allahu. H bukanlah seorang yang baik//alim tapi cuba nak berubah. 

harapan yang tinggi bergunung tu, H.

-HR

Comments

Popular posts from this blog

i thought of....

i know

Post SPM 3 - Scholarships And Loans